Wednesday, December 24, 2008

FOTO TERBARU












Lama jugak aku tak menulis di blog ni. Aku jarang up date kerana kesibukan masa. Waduh, masa memang membuatkan kita gila kalau kita tak pandai mengendalikannya. Sana sini kita akan sibuk. Tapi aku rasa semangat nak up date blog aku ni kerana sahabat ku, Zulkifli Ismail (Gerak Khas) rajin up date blognya (www.zulkifliismail.blogspot.com) walau dia pun sibuk shooting tiap-tiap hari. Jadi kepada teman semua, di bawah ini foto-foto yang ku rakam kat Kedah dan Penang pada 23 Disember 2008 lalu...lihatlah...

Saturday, October 11, 2008

Saturday, August 9, 2008

KINI DI PASARAN!



MAJALAH TERBARU
DALAM PASARAN!
Kini, majalah yang aku usahakan sebulan yang lalu sudah siap dicetak dan kini sudah berada di pasaran. Majalah itu berkonsepkan pelancongan, lifestyle, dekorasi dan kerjaya seni. Aku yang bertanggung jawab sebagai Ketua Pengarang majalah itu akan cuba menampilkan sesuatu yang menarik untuk ditatap. Majalah tersebut juga akan diedarkan diseluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengerusi dan Penerbit Eksekutif majalah DEKORATIF ini, Encik Mohd Noor Awang kerana memberi kepercayaan kepada ku untuk mengendalikan majalah ini. Jadi tunggu saja di pasaran, semoga kita dapat manfaat daripadanya. Terima kasih. Juga terima kasih kepada Kak Kamaryah kerana sudi bergabung untuk melaksanakan projek majalah ini. Kepada Abang SMS, juga aku ucapkan ribuan terima kasih. Semoga usaha kita ini membuahkan kejayaan untuk kita semua.

Thursday, July 10, 2008

FOTO-FOTO TERBARU KU

TIADA KATA SECANTIK BAHASA,
TIADA GAMBAR SECANTIK CIPTAAN ALLAH

Dah lama aku tak ambik gambar. Banyak kerja lain yang tak siap-siap. Mana nak buat skrip lagi, buat majalah pulak, buat design untuk magazine lagi...waduh dong...capek bangat. Kat bawah ni ada le sikit gambar-gambar yang aku ambil dan aku edit. Cantik ke tak, tengok je lah...ni je mampu...












JAWATAN KOSONG


MAHU JADI WARTAWAN!
Jika anda berminat untuk menjadi wartawan sepenuh/separuh masa dengan majalah DEKORATIF, sila hantarkan resume anda ke usuazha_editormsia@yahoo.com.

Wednesday, May 21, 2008

PENGGAMBARAN DRAMA "KAIN KETAT ISABELLA"


Oleh USU AZHA HAJI HAMZAH

DRAMA KAIN KETAT ISABELLA adalah antara beberapa buah drama yang aku telah bekerja dengan JD Production Sdn Bhd iaitu syarikat penerbitan drama yang paling aktif ketika ini.

Drama genre komedi ini membariskan ramai pelakon komedi tersohor tanah air seperti Mr Os, Zaibo, Bob Lokman, Fetty Zul, Julie Dahlan, Rashidah Jaafar dan lain-lain lagi. Manakala sebagai teraju utama wanita pula, JD Productions menampilkan bakat baru iaitu Fauziah Ghous yang memegang watak Isabella/ Nurbella.


Apa yang menarik, drama ini adalah drama yang boleh menarik perhatian penonton golongan dewasa atau remaja kerana ceritanya yang berkisar tentang golongan yang baru hendah pencen kerja bertemu dengan remaja yang cantik jelita di kota raya Kuala Lumpur.


Kain Ketat Isabella yang skripnya ditulis oleh Mohd Nizam Hj Nazir memaparkan kisah 3 orang lelaki yang baru hendak pencen kerja dan merancang percutian mereka di Kuala Lumpur. 3 lelaki itu ialah Ghafor (Zaibo), Jayos (MR OS) dan Mahmud ( Bob Lokman).


Di Kuala Lumpur mereka terpikat dengan seorang gadis yang bernama Isabella yang bekerja sebagai GRO. Mereka bertiga berkenalan dengan Isabella di tempat yang berlainan dan masing-masing menaruh hati tanpa antara mereka bertiga mengetahuinya.

Isabella pula adalah nama samaran yang digunakan oleh Nurbella yang ingin membalas dendam kepada lelaki-lelaki. Isabella yang sebenar telah mati 6 tahun yang lalu dan kematiannya disaksikan oleh Nurbella, adik Isabella.

Isabella/Nurbella setiap hari menggoda lelaki ditempat kerjanya dan mengenakankan mereka dengan mengikis harta serta memperbodoh-bodohkan lelaki yang berjaya digodanya.

Ghafor, Jayos dan Mahmud akhirnya mengetahui bahawa Isabella yang sebenar telah mati dan mereka juga tahu bahawa Isabella/Nurbella terpaksa bekerja sebagai GRO hanya kerana ingin membalas dendam terhadap kematian kakaknya yang dirogol oleh lelaki bernama Zen.

JD Production adalah syarikat yang sememangnya terkenal dengan menampilkan bakat-bakat baru dalam dunia hiburan. Di Dalam drama ini juga JD Production menampilkan 2 bakat baru iaitu Khairil (sebagai Iqbal, anak kepada Ghafor yang tinggal di Kuala Lumpur) dan Naim (sebagai Zen, lelaki yang membunuh Isabella).

Lokasi penggambaran drama ini berlaku sekitar Kuala Lumpur dan mengambil masa 8 hari untuk selesai penggambaran. Drama ini bakal di tayangkan di ASTRO PRIMA pada tahun ini.

Friday, May 2, 2008

MY MODELS


MODELING KAMPUNG SAMPIREUN

KAMPUNG SAMPIREUN RESORT & SPA bukan sahaja mempunyai lokasi yang cantik dan menawan, tetapi juga mempunyai staf yang begitu juga. Atas kerjasama dan usaha dari Eliana, Pengurus Pemasaran Kampung Sampireun, aku dapat merakamkan potret 2 staf Kampung Sampireun iaitu Nonce (BAJU HIJAU) dan Rina (BAJU BIRU).

Rina dan Nonce dianugerahkan Allah bakat dan rupa yang selayaknya menjadi modeling. Pandai bergaya dan beraksi. Jadi, aku tak perlu susah suruh mereka ‘memosing’kan diri mereka. Mereka sendiri pula yang arahkan aku ambil potret begitu dan begini.

Jadi, di bawah ini adalah antara beberapa keeping foto mereka yang dapat aku siarkan untuk tatapan anda semua…Wassalam….

USU AZHA HAJI HAMZAH









































BULAN MADU DI KAMPUNG SAMPIREUN

BAGI pasangan yang baru berkahwin ataupun masih mencari lokasi yang sesuai untuk berbulan madu, Kampung Sampireun Resort & Spa ada lokasi yang paling sesuai. Bukan sahaja tenang, damai dan tenteram, berada di sana seolah anda berada di dalam ‘syurga’.
Kampung Sampireun terletak di Bandung, Indonesia di daerah yang dikenali sebagai Garut. Berada di atas bukit, sudah tentu lokasi yang bakal anda kunjungi itu nyaman dan dingin. Jadi bertepatanlah bagi anda yang baru berkahwin mendapat cuaca yang diidam-idamkan itu.

Kampung Sampireun Resort & Spa adalah sebuah tempat pe-lancongan yang berkonsepkan sebuah perkampungan masyara-kat Sunda. Konsep yang penuh dengan keajaiban semula jadi itu bakal memberikan anda dan pasangan anda suasana yang amat romantik dan menakjubkan.
Di Kampung Sampireun anda akan dilayan seperti raja dan permaisuri. Setiap pagi, anda akan dihidangkan dengan sara-pan pagi makanan Sunda yang diberi nama Serapi. Serapi ialah satu jenis makanan yang diper-buat dari tepung, dibakar dan dicampur dengan santan dan gula merah. Rasanya amat enak. Yang menariknya, Serapi itu akan dihantar di setiap rumah dengan perahu dan Serapi itu juga di masak di atas perahu.
Kampung Sampireun mem-punyai 19 buah biji resort berlainan saiz yang keban-yakkannya terletak di gigi air. Setiap rumah akan dilengkapi dengan sebiji perahu untuk ke-gunaan sendiri sebagai ken-deraan untuk bersiar-siar dan memberi ikan-ikan jinak makan di tangan.
Bayangkanlah, di atas sebuah bukit, ada tasik. Dan kediaman anda terletak di tepi tasik semula jadi yang jernih dan bersih itu. Ikan-ikan kap jepun akan bermain-main di hadapan kediaman anda dan bilangan ikan akan ber-tambah banyak bila anda mem-bawa makanan untuk mereka.
Mungkin tidak keterlaluan bila dikatakan Kampung Sampireun ini adalah lokasi yang terbaik di Asia khususnya bagi pasangan yang ingin merasai hidup dalam kedamaian, keindahan dan suasana yang penuh romantika.
Kampung Sampireun Resort & Spa didirikan penempatan itu pada Januari 1999 dan dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian dan Budaya Indonesia, Marzuki Usman. Berada di atas tanah seluas 6 hektar itu dan dikelilingi oleh gunung ganang menjadikan Kampung Sampireun seolah kampung bunian yang amat cantik.
Bagi rakyat Malaysia, untuk ke sana amat mudah dan senang sekali. Dengan menaiki Air Asia dari Kuala Lumpur ke Bandung, dan kemudiannya dari Bandung ke Garut mengambil masa lebih kurang satu jam. Perjalanan dari Bandung ke Garut pula anda akan melalui sawah padi, perkampungan dan bukit bukau. Per-mandangan itu sungguh indah dan menarik.
Kampung Sampireun setakat ini telah dikunjungi oleh ramai pelancongan dari Amerika, Eropah, Jepun dan Timur Tengah.
Bagi mereka yang berminat untuk menempah atau menda-patkan keterangan lanjut tentang Kampung Sampireun ini, bolehlah hubungi +6281322552265 (telefon bimbit), +62542393394395 atau emel ke reservation@kampung sampireun.com