Wednesday, May 21, 2008

PENGGAMBARAN DRAMA "KAIN KETAT ISABELLA"


Oleh USU AZHA HAJI HAMZAH

DRAMA KAIN KETAT ISABELLA adalah antara beberapa buah drama yang aku telah bekerja dengan JD Production Sdn Bhd iaitu syarikat penerbitan drama yang paling aktif ketika ini.

Drama genre komedi ini membariskan ramai pelakon komedi tersohor tanah air seperti Mr Os, Zaibo, Bob Lokman, Fetty Zul, Julie Dahlan, Rashidah Jaafar dan lain-lain lagi. Manakala sebagai teraju utama wanita pula, JD Productions menampilkan bakat baru iaitu Fauziah Ghous yang memegang watak Isabella/ Nurbella.


Apa yang menarik, drama ini adalah drama yang boleh menarik perhatian penonton golongan dewasa atau remaja kerana ceritanya yang berkisar tentang golongan yang baru hendah pencen kerja bertemu dengan remaja yang cantik jelita di kota raya Kuala Lumpur.


Kain Ketat Isabella yang skripnya ditulis oleh Mohd Nizam Hj Nazir memaparkan kisah 3 orang lelaki yang baru hendak pencen kerja dan merancang percutian mereka di Kuala Lumpur. 3 lelaki itu ialah Ghafor (Zaibo), Jayos (MR OS) dan Mahmud ( Bob Lokman).


Di Kuala Lumpur mereka terpikat dengan seorang gadis yang bernama Isabella yang bekerja sebagai GRO. Mereka bertiga berkenalan dengan Isabella di tempat yang berlainan dan masing-masing menaruh hati tanpa antara mereka bertiga mengetahuinya.

Isabella pula adalah nama samaran yang digunakan oleh Nurbella yang ingin membalas dendam kepada lelaki-lelaki. Isabella yang sebenar telah mati 6 tahun yang lalu dan kematiannya disaksikan oleh Nurbella, adik Isabella.

Isabella/Nurbella setiap hari menggoda lelaki ditempat kerjanya dan mengenakankan mereka dengan mengikis harta serta memperbodoh-bodohkan lelaki yang berjaya digodanya.

Ghafor, Jayos dan Mahmud akhirnya mengetahui bahawa Isabella yang sebenar telah mati dan mereka juga tahu bahawa Isabella/Nurbella terpaksa bekerja sebagai GRO hanya kerana ingin membalas dendam terhadap kematian kakaknya yang dirogol oleh lelaki bernama Zen.

JD Production adalah syarikat yang sememangnya terkenal dengan menampilkan bakat-bakat baru dalam dunia hiburan. Di Dalam drama ini juga JD Production menampilkan 2 bakat baru iaitu Khairil (sebagai Iqbal, anak kepada Ghafor yang tinggal di Kuala Lumpur) dan Naim (sebagai Zen, lelaki yang membunuh Isabella).

Lokasi penggambaran drama ini berlaku sekitar Kuala Lumpur dan mengambil masa 8 hari untuk selesai penggambaran. Drama ini bakal di tayangkan di ASTRO PRIMA pada tahun ini.

No comments: